13 January 2012

.:: Andai Diri Kecewa..~


✿◕ ‿ ◕✿ Andai Diri Kecewa ✿◕ ‿ ◕✿

:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
♥ mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab ?? ::
♥ tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
♥ tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
♥ mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

sebab ?

♥ dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

insyaAllah ◕‿♥

08 January 2012

.:: HARAM ke denGaR LaGu..??


.. بسم الله الرحمن الريم ..



Masalah berkenaan alat muzik dan nyanyian yang dibenarkan dalam Islam atau tidak, sering dibahaskan sejak dulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam mahupun yang menganjur kepada maksiat adalah HARAM…!

Akan tetapi, dalam kalangan ulama Fiqh terdapat khilaf [perbezaan pendapat] dalam masalah ini…


Para ulama juga telah bersepakat dan memBOLEHkan apabila ingin meraikan hari gembira dan bahagia seperti Majlis Perkahwinan, hari-hari besar dan sebagainya..

Hakikatnya, tidak semua lagu dan nyanyian tidak membawa manfaat..kita sendiri dapat menilai sama ada nyanyian atau lagu itu baik atau tidak untuk didengar dengan melihat pada lirik dan mesej yang hendak disampaikan..selagi ia tidak melalaikan untuk didengar, ia diBOLEHkan..

Ia juga bergantung kepada niat penyampai lagu atau nyanyian tersebut..adakah niat nya untuk mengajak kepada kebaikan, mengingat kan kita kepada Allah, atau sebagainya..

Berdasarkan sabda Nabi S.A.W :

“sesungguhnya tiap amalan itu bergantung pada niat..” [hadis riwayat Bukhari & Muslim]

Antara dalil yang membolehkan nyanyian @ mendengarnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim & Bukhari :

“ketika Abu Bakar datang kepada Nabi S.A.W di rumah ‘Aisyah R.A pada hari raya, ada 2 orang jariah (hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan, ‘apakah layak perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah..??’ kemudian Nabi S.A.W bersabda, “wahai Abu Bakar, biarkan mereka…hari ini adalah hari besar…”


Sebaiknya, kita sebagai seorang Islam, berhati-hatilah dalam memilih lagu..berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah..tapi pabila salah memilihnya ia akan membuat kita jauh dari Allah…

AllahuRobbi..~

p/s : jangan hingga melalaikan diri sendiri dari mengingati Allah..

semoga mendapat manfaat ..^_^


.:: Rujukan : Hudal Islam, Fatawa Mu’ashirah [kitab karangan : As-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardawi]


Daisypath Friendship tickers