07 September 2011

.:: saYanGkaN aNak, T!ngGaL2kan..~


.. بسم الله الرحمن الرحيم ..

Di sebuah kampung, tinggal sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ayah dan 3 orang anak..anaknya bernama HARBEN, ANIS & AMSOL..


Harben & Anis merupakan anak kesayangan si ayah..mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Akan tetapi anaknya yang bernama Amsol, diabaikan. Si ayah membiarkan Amsol tidak terurus. Makanan nya tidak dijaga, apatah lagi pakaian nya yang compang-camping. Si ayah tidak menghiraukan kemana Amsol pergi, malahan tidak kisah sama ada anaknya itu ada di rumah ataupun tidak. Amsol selalu menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di keliling kampung. Dia merantau dari sebuah kampung, ke kampung yang lain.

Harben dan Anis pula, sangat dijaga. Makan minum, pakaian malahan kesihatan mereka sendiri sentiasa dipantau. Anaknya Harben disayang dan ditatang hinggakan dia tidak dibenarkan keluar dari rumah. Si ayah risau kalau apa-apa terjadi pada anaknya itu.

Akan tetapi anaknya Anis diberi sedikit kelonggaran. Disebabkan sikapnya yang pandai menjaga diri dan pandai mengambil hati orang tuanya, dia dibenarkan bersiar-siar di sekitar kampung.

Pada suatu hari, kisah tentang kehidupan keluarga ini sampai ke pengetahuan Sultan. Sultan amat pelik dengan tindakan si ayah itu. Lalu baginda sultan memanggil si ayah itu untuk datang mengadap.

Si ayah pun mengajak Harben dan Anis untuk menemani nya. Istana terletak di sebuah pulau. Mereka perlu menyeberangi lautan untuk sampai ke sana.

Malangnya Harben & Anis tak dapat menghantarnya hingga ke istana kerana mereka tidak tahu jalan ke sana. Anaknya Harben hanya dapat mengahantarnya ke muka pintu kerana dia tidak pernah dibenarkan keluar dari rumah. Anis pula hanya dapat menghantarnya ke hujung kampung kerana dia tidak pernah keluar dari kampung itu.

Akhirnya, si ayah terpaksa meminta tolong anak nya Amsol yang selama ini dia abaikan….

Amsol pun menemani dan menghantarnya ke pulau tersebut..

Ketika dalam perjalanan ke sana, angin bertiup kencang, laut bergelora. Sampan yang mereka naiki menjadi terumbang-ambing. Anaknya Amsol yang dahulunya diabaikan mempunyai tubuh badan yang kurus kering, kurang tenaga untuk mendayung sampan tersebut lalu sampan itu pun terbalik dan karam....

Si ayah dan anaknya Amsol mati kelemasan di tengah lautan…~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah kehidupan kita di dunia ni…kalau kita tengok jalan cerita nya, ada juga yang sama dengan kehidupan segelintir masyarakat kita sekarang ni..

Apa yang tersirat di sebalik kisah ini adalah kehidupan kita sebagai seorang MUSAFIR di dunia ni..sama ada harta benda [HARBEN], anak isteri [ANIS] ataupun amal soleh [AMSOL]…mana satu yang perlu di ‘aula’ kan @ diutamakan…!

Mana satu yang kekal dan mana satu yang hanya sementara…??

Yang mana kita akan bawa mengadap Yang Esa di akhirat kelak…??

Renung-renungkan…!!

Seperti dalam kisah ni, si Ayah [ kita sebagai manusia ] lebih mementingkan harta benda dan Anak isteri berbanding dengan amal soleh yang semestinya kita akan bawa ke Akhirat kelak..~

Sedangkan, apabila kita meninggal kelak, harta benda hanya lah sementara..tidak boleh di bawa masuk kubur..anak dan isteri pula hanya boleh menghantar jenazah kita ke kubur..

Akhirnya kita keseorangan…

Tiada peneman di dalam kubur..

Tiada peneman utk bertemu Yang Esa…

Yang ada hanyalah AMAL SOLEH..

Sebanyak mana AMAL SOLEH yang kita bawa??

Adakah kita biarkan seperti mana si Ayah mengabaikan si Amsol..?? kurus kering..compang-camping..??

05 September 2011

.:: @nDai Rasulullah MaS!H aDa ::.


.. بسم الله الرمن الرحيم ..

Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.


Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.

Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.


Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .

Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.

Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

.:: maLaiKaT KeC!L ::.

.. بسم الله الرحمن الريم ..

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.

Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

wali Band - TuHaN

Wali Band :
TuHaN ~



Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan


Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku


Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….



copy this html to ur blog.. ^_^

Daisypath Friendship tickers