... بسم الله الرحمن الرحيم ...
soalan :
- betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis...??
- bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?
- adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?
*******************************
bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.
Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
"Kucing bukanlah binatang yang najis..
diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata : 'Rasulullah saw bersabda : 'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).
Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih dan tidak memudaratkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meninggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]
------------
Perkataan " mereka yang biasanya berada dikeliling kamu " didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.
Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :
"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------
Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :
Soalan :
adakah sah sembahyang jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing..?
Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?
Jawapan : Sah solat kerana bulu kucing bukan najis..
sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------
Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi saw diatas.
Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis.
Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dimaafkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing.
wallahua'lam..
2 komen:
i like it..
^_^
sekadar perkongsian bersama..
Post a Comment