Showing posts with label fakta 0r auta. Show all posts
Showing posts with label fakta 0r auta. Show all posts

21 August 2010

.:: paDeRi teRpaKsa BuKa RaHsia ::.

..بسم الله الرحمن الرحيم...

Salam Ramadhan..
hari ni suka ana nak berkongsi dgn pembaca2 semua tentang satu kisah yang ana sendiri pun berasa ta'jub membacanya..

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

..والله أعلم

.:: PeNeMuaN BahTeRa Nabi Nuh ::.


HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.











Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.




PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.



klik sini utk lihat video penemuan bahtera Nabi Nuh ini. .Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

03 August 2010

.:: Tak NaK PuaSa..!! ::.

dipetik dari : blog ustaz Hasrizal...

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.



*Ustaz Hasrizal giat menulis di blog beliau di http://saifulislam.com/

31 July 2010

.:: taHniaH iMam MuDa Asyraf ::.


Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM


Alhamdulillah, tamat sudah program realiti Imam Muda di saluran Astro 106 (Oasis)..rancangan yg cukup menarik buat tontonan smua..khusus kepada remaja-remaja yg di luar sana..begini lah ciri-ciri pemimpin yg yg patut ada..
Selama semusim kita menanti siapakah bakal juara yg memegang takhta imam Muda, akhirnya Imam muda Asyraf layak menjadi juara..tapi bukan takhta dan pangkat yg menjadi ukuran..semua manusia ada kelebihan dan kekurangan nya..yang penting ilmu dan akhlak kena seiring..kalau ada ilmu tapi akhlak tidak ada maka tidak sempurna lah seseorang itu dan juga sebalik nya..s0, apa saja ilmu yg kita dapat kena lah praktik kan dalam khidupan seharian, dan curah kan kepada orang lain..

laporan seterusnya sini..

24 March 2010

Bunuh 'malaikat maut'..


Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.


Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

maklumat lanjut klik.


09 November 2009

~..baCe nie..~

mesej yg ana dapat...ana foward blk..

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang
memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan
dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang
kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia
sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke
rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat
rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke
alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia
pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.


> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > Hari
berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam
keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20
kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini
mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti
kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > P/S:
Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda
yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan
mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri
keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

20 July 2009

Ikhwanul Muslimin dan Tribulasi

واذيمكربك الذين كفروا ليثبتوك او يقتلوك او يخرجوك ويمكرون ويمكرالله والله خير الماكرين -الانفال ٣٠-
dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya. 30


Berikut adalah sebahagian daftar syuhada’ Ikhwan Muslimin hasil pengkhianatan dan jenayah golongan Nasionalis Sekular Mesir.
1) As-Syahid Hasan Al-Banna (Mursyidul Am pertama)
- lahir 14 Okt 1906 dan ditembak oleh pembunuh upahan regim Mesir tanggal 12 Feb 1949.
2) As-Syahid Abdul Qadir Audah
- lahir pada tahun 1906 dan dihukum gantung tanggal 07 Dis 1954.
3) As-Syahid Muhammad Farghali
- lahir pada tahun 1906 dan dihukum gantung tanggal 07 Dis 1954.
4) As-Syahid Yusuf Thala’at
- lahir pada bulan Ogos 1914 dan dihukum gantung tanggal 07 Dis 1954.
5) As-Syahid Mahmud Abdul Latif, Handawy Duweir dan Ibrahim At-Tayyib juga dihukum gantung pada 07 Dis 1954.
6) As-Syahid Syed Quthb
- lahir tanggal 09 Okt 1906, dipenjara selama 9 tahun ( 1955-1964 ), dibebaskan, kemudian tidak sampai setahun dipenjarakan lagi dan dihukum gantung tanggal 29 Ogos 1966.
- turut dipenjarakan pada kali ke-2 (1964) adalah adik-adiknya, Muhammad Quthb, Aminah Quthb, Hamidah Quthb dan ribuan anggota Ikhwan Muslimin yang lain.
7) As-Syahid Abdul Fatah Ismail
- dihukum gantung tanggal 29 Ogos 1966.
8) As-Syahid Muhammad Yusuf Hawwash
- dihukum gantung tanggal 29 Ogos 1966.
9) As-Syahid Muhammad Kamaludin As-Sananiri : suami kepada Aminah Quthb (adik Syed Quthb).
- lahir tanggal 11 Mac 1918 dan menghembuskan nafas terakhir setelah diseksa teruk dalam penjara Mesir tanggal 08 Nov 1981.
10) Ustazah Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili
- lahir tanggal 02 Jan 1917 dan dipenjarakan pada umur 44 tahun (1965) dan meninggal dunia tanggal 08 Ogos 2005. ( baca: Hari-Hari Dalam Hidupku-Zainab Al-Ghazali, terbitan Pustaka Salam, Malaysia).
11) Hasan Hudhaibi (Mursyidul Am ke-2: 1949 - 1973), Umar Tilmisani (Mursyidul Am ke-3, Muhammad Hamid Abu Nasr (Mursyidul Am ke-4), Sheikh Mustafa Masyhur (Mursyidul Am ke-5) dan sekarang Ust Mehdi ‘Akef. Semua mereka ini pernah merengkok dipenjara Mesir bahkan ada yg dibunuh.
Oleh sebab itu, sesiapa yang terpilih menjadi Mursyidul Am Ikhwan, pasti mereka orang yang sudah siap mati bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja kerana sejarah Ikhwan, tokoh-tokoh utamanya mati dibunuh.Sehingga hari ini, ribuan anggota Ikhwan masih mendekam didalam penjara Mesir dibawah regim Husni Mubarak. Perjuangan Ikhwan sering difitnah sebagai gerakan untuk menggulingkan kerajaan. Bahkan sampai saat ini, ada yang mengaggap pimpinan dan anggota Ikhwan sebagai golongan Bughah (penderhaka kerajaan Islam) atau khawarij. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada para syuhada’ ini dan menerima perjuangan mereka. Allahu Akbar !!!
Sumber rujukan:Mozaik Syuhada’ Ikhwanul Muslimin: Prof.Dr.Yusuf Al-Wa’iy, terbitan Fitrah Rabbani, Bandung.
Daisypath Friendship tickers