... بسم الله الرحمن الرحيم ...
Didalam mazhab manakah yang mengatakan tidak batal wuduk dan juga solat apabila angin keluar melalui dubur?*********************************
Ke semua mazhab ijmak (sepakat) dalam perkara ini bahawa keluar angin batal wudhu'.
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah tidak akan menerima solat seseorang itu yang keluar gassehinggalah dia berwudhu’ semula.” Seorang lelalki dari hadhramaut telah bertanya kpd Abu Hurairah, “Apakah yang dimaksudkan mengeluarkan gas?” Dia menjawab, “Angin dengan atau tanpa bunyi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a katanya, seorang lelaki mengajukan pertanyaan kepada Nabi s.a.w bahawa dia seolah-olah mendapati sesuatu keluar dari duburnya ketika di dalam sembahyangnya. Baginda bersabda: “Dia tidak perlu membatalkan sembahyangnya sehinggalah dia terdengar suara atau tercium bau.”(Hadith riwayat Muslim)
“Jika salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dlm perutnya, lalu sukar baginya (memastikan) apakah telah ada sesuatu yg keluar drpdnya atau belum, maka (dlm keadaan demikian), jgnlah dia keluar dari masjid sehingga dia (benar2) mendengar bunyi atau mencium bau.” (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dlm sunan al-kubra dan Fathul Bari Al-Asqalani)
Tarjih ( pndapat yg diterima ):
Seseorang yang pasti bahawa telah keluar angin dari duburnya maka batal wudhu’nya. Namun sekiranya was2 samada dia keluar angina atau tidak, maka tidak batal wudhu’nya. Ini didasarkan kepada qaedah fiqh:
اليقين لايزل بشق
Keyakinan tidak dapat dihilangkan keraguan
Imam An-nawawi Rh berkata: “Maksud syak (ragu) menurut Ashab As-syafie ialah rasa takut atau keliru antara adanya sesuatu dan tidak adanya, baik kekeliruan itu kedua2nya itu setingkat atau salah satunya lebih kuat. Inilah pengertiannya menurut fuqaha dan kitab2 fiqh.”
Menurut ulama usul, jika kekeliruan itu bertingkat sama kuat, maka disebut syak (ragu), tetapi jika salah satunya lebih kuat disebut dzan (sangkaan, dugaan), manakala yg lemah disebut sebagai estimation/was-was (wahm)
_________________
Mazhab Hanafi mengatakan kentut tidak membatalkan wudhu' krn ia tidak dianggap angin ttp sebaliknya ia hanyalah hembusan. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya pendapat ini tertolak krn berdasarkan hadis2 yg dikemukakan oleh ust Zayed krn kentut meliputi juga angin yg keluar. Wallahu 'alam.
Fiqh Islami
Dr Wahabh al-Zuhaily
_________________
Wassalam
Tahqeeq
Yang asah dalam madzhab Hanafee ialah keluarnya angin (kentut), ulat atau batu dari qubul (kemaluan depan: faraj atau zakar). Ini suatu yg abnormal dan ganjil, maka ia tidak membatalkan wudhu’. Adapun jika angin, batu atau ulat keluar dari jalan dubur (anus), ia sepakat bagi semua Imam yg empat akan batalnya wudhu’. Petikan dalam Fiqh Islami itu sebenarnya menjurus kepada apa yg keluar dari qubul bukan dubur. (Juga lihat Imam Abdul Wahab asySya’arani, alMizanul Kubraa)
Jika keluar kentut/angin dari dubur (anus) ia tidak khilaf. Khilafnya bila ia keluar dari qubul. Wallahu'alam...
0 komen:
Post a Comment