30 September 2010

.:: CinTa ::.

...بسم الله الرحمن الرحيم...

salam alaik..

suka ana nak memperingati diri ana n para pembaca sekalian..

semua orang sangat ma'ruf @ tahu dengan istilah CINTA...

CINTA hamba dgn penciptanya dan juga CINTA manusia sesama manusia..mana yang lebih layak kita *aula kan..??

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika kita semua disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

*aula kan CINTA kita kepada lima perkara :

1) CINTA kepada Allah

2) CINTA kepada Rasulullah

3) CINTA kepada Ibu Bapa

4) CINTA kepada ummah

5) CINTA kepada kejayaan n kecemerlangan..

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

renung2kan...wallahua'alam..


*aula - dahulukan...

*ma'ruf - tahu...


26 September 2010

.:: nuffnang?? ::.


salam alaik...

entry kali ni khusus utk pertanyaan..huhu
nuffnang...apa tu ya?? banyak gak dgr citer pasal nuffnang nie..
orang kata bley dapat income..
tapi camna ya??
ada sapa2 yg bley terangkan tak pasal nie??
dengar macam menarik..tringin gak nak tambah income..

harap2 ada yang sudi beri pertolongan..hehe

p/s : ilmu kena kongsi..baru berkat..hehe


24 September 2010

.:: sPeeD TeSt ::.


..بسم الله الرحمن الرحيم..

salam sejahtera, salam penghuni syurga...^__^

pagi yg indah dalam keberkatan sambil mensyukuri nikmat yg amat besar..iman dan islam..
alhamdulillah, masih diberikan nafas hingga ke saat ini..

sedang ana ber blog walking tadi, ana terjumpa satu benda yg dipnggil speed test..hehe
nak cuba?? klik sini..

untuk mnge"test" sepantas manakah jari anda..
boleh juga kalau nak di publish kan result anda ke website..
melatih anda menaip dgn lebih cepat tnpa melihat pada keyboard..
selamat mencuba....! ^__~

"...usaha tangga kejayaan..."

23 September 2010

.:: 0h ReSuLt !! ::.


..بسم الله الرحمن الرحيم..

salam syawal..
rasanya blum terlewat ana nak ucapkan salam syawal kan..hehe..masih di bulan syawal..alhamdulillah, dipanjang kan umur hingga sekarang..
selawat dan salam atas junjungan nabi muhammad s.w.t..

khidupan dikampus mematangkan ana..umur pun makin bertambah..
exam dah semakin dekat..midterm sdg berjalan..aduh..!
result yg teruk..ana redha n terima sbagai satu cabaran..mungkin pengajaran bagi ana untuk sentiasa fokus..selalu sgt lalai..*study last minit....aduh...!

kali ini ana tak kan biarkan kelalaian menghantui diri ana..hehe
ana perlu usaha..study study n study..!

baru ana mengerti kehidupan sebenar di kampus...tak sama macam kehidupan di sekolah dulu..
relax je..cikgu bg nota..smua cikgu suap..
kat kmpus nie sapa yg tak usaha ni memang nganga la..haha
insyaAllah, ana akan berusaha..mempelajari ilmu yang betul2 ana minat..
bahasa arab..ana tak akan hampakan harapan abah n mama...

moga dipermudahkan..amin..


p/s : doakan ana ya...j0m2 g kelas..!
fokus..! hehe

16 September 2010

.:: Saairun

Irsyadee -
saairun




مولاي يا مولاي


مولاي إنّي سائر* للدين حتما سائر


فالقدس صاحت غادر* أدمى فؤادي الطاهر



ونداء الأقصى ابكاني* فجر واجداني


وضمير الأمة يا ربي* مات بلا جاني


مجرم قالوا لأني * أرفض الذل الكبير


أرفض العيش بصمت * ضمه القهر الكبير



فليقولوا ما يقولوا * أنت من أرجوا رضاه


أنت من تعلم أني * لك أرخضت الحياة


مولاي يا مولاي


يا من رويت بدمائك * أشجار العزة والإنتصار



إن يسرقوك من تريخنا


لن ينزعوك من صدورنا


يا شهيد يا شهيد يا شهيد




Tajuk Nasyid : Saairun (سائر)
Artis : Irsyadee
Album : Petunjuk Sepanjang Jalan

.:: LaFaZ SaKiNaH

fareast -

LaFaz saKiNaH..



Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Tajuk Nasyid : Saat Lafaz Sakinah
Artis : Far East

Album : Halawatul Iman 2

09 September 2010

.:: MaLaM SyaWaL ::.

... بسم الله الرحمن الرحيم ...

SaLaM LebaRaN, SaLaM 1 SyaWaL..

malam ni baru ana berkesempatan utk menge'post' entry baru..hehe..
malam lain pun sbenarnya sempat, tp tak de mo0d berblogging..wee..~

malam raya..cukup sinonim dengan bunyi mercun, kanak2 lari sana-sini, golongan wanita yg sibuk membuat rendang dan ketupat, berkumandangnya takbir raya disetiap surau n masjid2 mahupun di corong2 radio...sungguh meriah malam raya..
tambahan pula, anak2 muda yg bekerja n belajar di perantauan balik ke kampung utk menyambut hari raya bersama keluarga..terubat rindu masing2..

berbeza pula dgn kehidupan ana..raya tahun ni tak ada keriuhan kanak..
nak tau knapa??
sebab tahun nie, tinggal golongan2 bujang ja...hehe
kakak n abg yg dah berumahtangga masing2 beraya di rumah mak mertua masing2...

tinggal lah adk bradik ana yg bujang2..hehe
3 lelaki n 3 perempuan...macam hostel dah pun..
warden pun ada..warden laki n warden pompuan (mama n abah tercinta)..

tapi alhamdulillah....meriah juga..
tak ada kanak2 tak semestinya tak meriah..
kami adik bradik pun jarang berjumpa..masing2 blajar lain2 tempat..
skali skala ja berjumpa..time raya ni la nk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga..
btul tak?? hehe

0k la..stakat ni dulu..ini ja yg sempat ana coretkan sempena malam raya nie..
nak pi tolong mama balut ketupat sat...

sebelum tu, kesempatan ni juga ana nak ucapkan;

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfiTRi
MaaF ZaHiR n BaTiN

terutama skali buat pembaca2 blogger yg setia membaca..hehe
ana dgn rendah hatinya ingin menyusun 10 jari, mohon ampun n maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersasul tak tentu hala..hehe
minal aidil wal faizin.....
moga Syawal kali ini memberi 1001 makna n mendapat barakah dari Allah subhanahu wata'ala..
insyaAllah..