02 July 2015

Wanita yg bercouple umpama Air Musta'mal••

...بسم الله الرحمن الرحيم...

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone.. (couple)..
Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

Syeikh: Kamu suka dia?
Fulan  : Ya syeikh....

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka saja atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?

Fulan  : Ya Syeikh... Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan  : Lepas belajar syeikh... dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang?
Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?

Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?

Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

Bukankah cara itu lebih suci?
Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..

Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh benda yang jijik dan sebagainya...

Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata- kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-Quran...

Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..
Itu tandanya akal mereka sangat pendek...

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga
para wanita bukan perosak mereka....
Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....berchat itu juga menyebabkan berlakunya zina hati...

Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km mahupun beribu km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....
Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....
Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau TAK ingin nikahi diganti dengan azab NERAKA yang panasnya 70x  ganda api dunia??

Note :
Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...
Ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH !!!
Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk..

Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.

fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...

Jadi siapa yang bertanggungjawab
menjaga maruah para bidadari
Rasulullah kalau bukan LELAKI???

Lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..
Tolonglah..
Korang ada akal kuat..
Korang tak bodoh....
Korang nak memusuhi Allah dan Rasul, itu hak korang..
Tetapi, korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan, suka ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha..
Nampak sangat korang Dayus dan lelaki Dayus, Nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..

#deep

07 February 2014

Nak SUSAH untuk SENANG..!

♥ Abah Mama ♥ Ayah Mak ♥ Mumy Dady ♥ Papa Mama ♥ Ayah Ibu ♥ Bapak Mak ♥ Abi Ummi ♥ Walid Ummi .........♥

anda sayang mereka...???
kalau Sayang, jom kita sama2 BUKTIKAN...!!
★ Jaga Solat 5 waktu
★ Pelihara Aurat
★ Hormati Mereka
★ Tunaikan yg Wajib..

kalau yg 4 benda ni pun kita tak boleh nk laksanakan Jangan Mengaku yg kita Sayang Mereka...!

Wahai Sahabat...
Neraka itu MUDAH untuk mereka yg ingin berSENANG di Dunia (LALAI)...
LALAI dengan kesenangan..
LALAI dengan hiburan..
LALAI dan memandang remeh dengan Ibadat..

tapi...

Syurga itu juga MUDAH untuk mereka yg berSUSAH di Dunia (JIHAD)...
JIHAD menjaga hawa NAFSU...
JIHAD melawan perasaan MALAS...
JIHAD berSABAR dengan buah mulut orang sekeliling..

mana pilihan kita??
Senang (dunia) + Susah (akhirat) = NERAKA
Susah (dunia) + Senang (akhirat) = SYURGA
mana yg kita akan kekal..??

masing2 yg tentukan hala tuju masing2...
hidup mmg bermasyarakat...bersosial...ada kawan2...ada saudara mara...

tapi bila kita 'kembali' nanti, adakah mereka disekeliling kita..??
amalan apa yg kita akan bawa??
Allah...~
kawan2 dah tak boleh tolong...
saudara mara dah tak boleh tolong,..
mak ayah dah tak boleh tolong....
boyprend dah tak boleh tolong...
girlprend dah tak boleh tolong...
hanya KITA & AMALAN kita...

apa yg kita nk JAWAB bila di soal Mungkar & Nakir dalam kubur..???

★ Siapa tuhan kamu???
- alhamdulillah kalau kita bole jawab sbb hidup kita yg sekarang ini sentiasa ingat Tuhan...~
- kalau SOLAT tak cukup?? Yakin kita bole jawab..???

PIIIAAAAAAPPPPPP....!!! Nahhhh...~ ini balasan nya... dipukul bertalu-talu...

★ Bagaimana Solat mu ketika hidup..???
- alhamdulillah kalau kita boleh jawab...solat 5 waktu tak tinggal...
walaupun kadang2 ter'miss' boleh Qada...
- tapi kalau sengaja tinggal..???

PIIIAAAAAAPPPPP...!!!! Nahhh...~ kena lagi....~


banyak lagi soalan2 yg belum tentu kita boleh jawab...


ya, memang semua manusia tak sempurna..
kadang-kadang kita rasa diri kita cukup bagus...
kita pandang masa silam orang lain macam dia tu dah tentu-tentu ahli Neraka..
kira rasa macam diri kita ni confirm-confirm masuk syurga..
hakikat nya??
kita sendiri belum tentu ada masa depan...
kita sendiri belum tahu pengakhiran hidup kita bagaimana...

jangan pernah berputus asa untuk berubah...
jangan pernah mengalah...
jangan merasakan aku memang dilahirkan macam ni..
dah tak boleh berubah...
apa orang akan cakap kalau tiba-tiba aku dah nmpak macam 'ustazah'...
apa org akan cakap kalau tiba-tiba aku dah nmpak mcm pak 'ustaz'...
nnt kawan-kawan lari...kawan2 cakap yg kita ni buang tebiat...

abai kan apa orang kata...
masing2 ada mulut..dah penat nanti diam la mereka...
"pandai nya kau cakap, kau xpernah rasa.."
memang tak pernah rasa tp cuba kita letakkan pandangan Allah tu lebih utama dari pandangan manusia...
nak berubah tu tak susah kalau hati betul2 mahukan perubahan...

belum terlambat untuk kita sama-sama berubah..
ISLAM itu Indah sebenarnya...~





Ya Allah....Mampukah aku...~ T_T
Selamat kan aku, Ibu bapa ku, sahabat2 ku, seluruh muslimin & muslimat dari Azab Kubur....selamatkan kami dari Azab Neraka Mu yg AMAT Pedih....~
Matikan lah kami dalam HUSNUL KHAAAAATIMAAAHHH...~
-AKU INGIN SYAHID DI SISI MU YA RABBBB-

amin Ya Rabbal 'alamin...~

15 October 2012

TeLah SeMpuRna SepaRuh DaRi aGaMaMu..

Bismillah walhamdulillah..~

usai suda majlis Walimah seorang sahabat..
Nur Shidatul Isma bt. Rosedi  Ustaz Mohamad Hakim b. Azizan
kesedihan & kegembiraan menerpa
alhamdulillah telah engkau sempurnakan separuh dari agamamu..

وقال (صلى الله عليه وآله وسلم): من تزوج فقد أحرز نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي


Kata Ibnu 'Athoillahh As-Sakandari Rahumahullahu taala didalam kita Al-Hikam:
 "Sebahagian dari tanda KEJAYAAN di pengAKHIRAN ialah kembali kepada Allah di AWAL setiap pekerjaan..."

Syariat didahulukan dalam PENCARIAN, BATASAN dipelihara dalam menjalankan urusan, bukan tempatnya untuk BERCINTA dan saling MELUAH PERASAAN sebelum terjadinya PERKAHWINAN, kerana ia akan menghilangkan KEBERKATAN didalam sebuah PERHUBUNGAN yang sedang diawal pembinaan.





petikan kata-kata Ustaz Mohamad Hakim :

"Dedikasi KHAS ucapan terimakasih kepada dua sahabatku yang telah menjalankan tugas mereka sebagai Unit Baitul Muslim dgn CEMERLANG...akhi Afham Wajdi Taib Azamudden (UBM PMRAM cawangan Shoubra) dan Akhi Shahrizan Hurriyyah (UBM PMRAM cawangan KEDAH) usaha MURNI kalian telah b'jaya merealisasikan salah satu Impian seorang yang bergelar Ahli GERAKAN ISLAM..."

"Tidak kukatakan diriku seorang yang SOLEH dan akanku sentiasa mendoakan ISTERIKU agar dia menjadi ISTERI yang SOLEHAH disamping suami yang SOLEH sepertimana doaku sebelum ku pernah menemuinya lagi...'Ala kulli Hal Alhamdulillah atas ni'mat ini =) "




Walimah 13 Oktober 2012







Alhamdulillah...~
semoga jodoh kalian berdua hingga ke Syurga..
Barakallahu Lakuma...wa Jama'a baina kuma fil Khair...