Showing posts with label soal jawab agama. Show all posts
Showing posts with label soal jawab agama. Show all posts

26 December 2010

soal jawab agama : BuLu KuCiNG SaH SoLaT TaK..??


... بسم الله الرحمن الرحيم ...


soalan :

- betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis...??

- bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?

- adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?


*******************************

bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis..

diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata : 'Rasulullah saw bersabda : 'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih dan tidak memudaratkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meninggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

------------

Perkataan " mereka yang biasanya berada dikeliling kamu " didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------

Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

Soalan :

adakah sah sembahyang jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing..?
Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat kerana bulu kucing bukan najis..

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------

Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi saw diatas.

Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis.
Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dimaafkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing.

wallahua'lam..

soal jawab agama : GeL RamBuT SaH WuDHuK ke TaK??


... بسم الله الرحمن الرحيم ...

soalan :

jika kita memakai minyak rambut, adakah sah air sembahyang kita..?



***********************************

Jawapan:

Merapikan rambut dengan minyak rambut (hair cream) dan menyisirnya bukanlah amalan di zaman kita sahaja bahkan pada tamadun purbakala sebelum tamaddun Islam lagi. Tidak ada larangan dari nas atau amaran Nabi saw mengenainya. Maka ia termasuk perkara yg dimaafkan.

Dalil:

HR Daruqutni," Ia mendiamkan beberapa hal sebagai rahmat untukmu, tanpa lupa, maka jangan kamu tercari-cari." (anNawawi-mengatakan hadis hasan).

HR Muslim, Ahmad, nasa'iy dan Ibn Majah dari Abi Hurairah ra," biarkanlah terhadap apa yg aku tinggakan untukmu."

Dalil alQur'an:

" hai orang2 beriman, janganlah kamu bertanyakan tentang sesuatu, jika ia jelas bagimu akan meyulitkanmu." AQ 5: 101


wallahu'alam...

soal jawab agama : KeLuaR aNGiN KeTiKa SoLaT ::.


... بسم الله الرحمن الرحيم ...


Didalam mazhab manakah yang mengatakan tidak batal wuduk dan juga solat apabila angin keluar melalui dubur?

*********************************


Ke semua mazhab ijmak (sepakat) dalam perkara ini bahawa keluar angin batal wudhu'.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah tidak akan menerima solat seseorang itu yang keluar gassehinggalah dia berwudhu’ semula.” Seorang lelalki dari hadhramaut telah bertanya kpd Abu Hurairah, “Apakah yang dimaksudkan mengeluarkan gas?” Dia menjawab, “Angin dengan atau tanpa bunyi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a katanya, seorang lelaki mengajukan pertanyaan kepada Nabi s.a.w bahawa dia seolah-olah mendapati sesuatu keluar dari duburnya ketika di dalam sembahyangnya. Baginda bersabda: “Dia tidak perlu membatalkan sembahyangnya sehinggalah dia terdengar suara atau tercium bau.”(Hadith riwayat Muslim)

“Jika salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dlm perutnya, lalu sukar baginya (memastikan) apakah telah ada sesuatu yg keluar drpdnya atau belum, maka (dlm keadaan demikian), jgnlah dia keluar dari masjid sehingga dia (benar2) mendengar bunyi atau mencium bau.” (Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dlm sunan al-kubra dan Fathul Bari Al-Asqalani)

Tarjih ( pndapat yg diterima ):

Seseorang yang pasti bahawa telah keluar angin dari duburnya maka batal wudhu’nya. Namun sekiranya was2 samada dia keluar angina atau tidak, maka tidak batal wudhu’nya. Ini didasarkan kepada qaedah fiqh:

اليقين لايزل بشق
Keyakinan tidak dapat dihilangkan keraguan

Imam An-nawawi Rh berkata: “Maksud syak (ragu) menurut Ashab As-syafie ialah rasa takut atau keliru antara adanya sesuatu dan tidak adanya, baik kekeliruan itu kedua2nya itu setingkat atau salah satunya lebih kuat. Inilah pengertiannya menurut fuqaha dan kitab2 fiqh.”

Menurut ulama usul, jika kekeliruan itu bertingkat sama kuat, maka disebut syak (ragu), tetapi jika salah satunya lebih kuat disebut dzan (sangkaan, dugaan), manakala yg lemah disebut sebagai estimation/was-was (wahm)

_________________

Mazhab Hanafi mengatakan kentut tidak membatalkan wudhu' krn ia tidak dianggap angin ttp sebaliknya ia hanyalah hembusan. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya pendapat ini tertolak krn berdasarkan hadis2 yg dikemukakan oleh ust Zayed krn kentut meliputi juga angin yg keluar. Wallahu 'alam.



Fiqh Islami
Dr Wahabh al-Zuhaily
_________________

Wassalam
Tahqeeq

Yang asah dalam madzhab Hanafee ialah keluarnya angin (kentut), ulat atau batu dari qubul (kemaluan depan: faraj atau zakar). Ini suatu yg abnormal dan ganjil, maka ia tidak membatalkan wudhu’. Adapun jika angin, batu atau ulat keluar dari jalan dubur (anus), ia sepakat bagi semua Imam yg empat akan batalnya wudhu’. Petikan dalam Fiqh Islami itu sebenarnya menjurus kepada apa yg keluar dari qubul bukan dubur. (Juga lihat Imam Abdul Wahab asySya’arani, alMizanul Kubraa)

Jika keluar kentut/angin dari dubur (anus) ia tidak khilaf. Khilafnya bila ia keluar dari qubul. Wallahu'alam...

soal jawab agama : KePuTiHaN ::.


... بسم الله الرحمن الرحيم ...


Soalan: Adakah keputihan itu satu penyakit dan sahkah jika dibawa solat...? dan apa bezanya air mazi & air mani...???


<><><><><><><><><><><><><><><><><>



Jawapan:

Kita sudah menjelaskan fiqh menyebut tiga jenis discharge (cecair) dari kemaluan perempuan:

haidh, nifas dan istihadhah.

Haidh adalah darah pusingan telor dan mukosa bagi rahim perempuan dan datang dalam period yg tetap.

Nifas adalah darah akibat bersalin dan yg lain semuanya diklasifikasi sebagai istihadzah yg dikaitkan dengan infeksi rahim dan faraj. termasuklah keputihan. Ia tidak sah dibawa solat tapi discharge (cecair itu) terlebih dahulu perlu dibersihkan dan juga kemaluan serta tidak wajib mandi janabah. Haidh dan nifas pula memerlukan perempuan itu menunggu hingga kering, mandi dan barulah boleh melakukan solat dll.


Madzi vs mani
:

Madzi adalah air ghairah bila aktiviti foreplay (muqaddimah jima') atau khayal.

Mani ialah air yg keluar ketika ber jima' / klimaks jima'..

(Dr Zaydan, Mufassyal)

Allahu a'alam
Daisypath Friendship tickers