Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

02 July 2015

Wanita yg bercouple umpama Air Musta'mal••

...بسم الله الرحمن الرحيم...

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone.. (couple)..
Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

Syeikh: Kamu suka dia?
Fulan  : Ya syeikh....

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka saja atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?

Fulan  : Ya Syeikh... Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan  : Lepas belajar syeikh... dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang?
Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?

Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?

Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

Bukankah cara itu lebih suci?
Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..

Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh benda yang jijik dan sebagainya...

Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata- kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-Quran...

Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..
Itu tandanya akal mereka sangat pendek...

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga
para wanita bukan perosak mereka....
Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....berchat itu juga menyebabkan berlakunya zina hati...

Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km mahupun beribu km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....
Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....
Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau TAK ingin nikahi diganti dengan azab NERAKA yang panasnya 70x  ganda api dunia??

Note :
Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...
Ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH !!!
Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk..

Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.

fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...

Jadi siapa yang bertanggungjawab
menjaga maruah para bidadari
Rasulullah kalau bukan LELAKI???

Lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..
Tolonglah..
Korang ada akal kuat..
Korang tak bodoh....
Korang nak memusuhi Allah dan Rasul, itu hak korang..
Tetapi, korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan, suka ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha..
Nampak sangat korang Dayus dan lelaki Dayus, Nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..

#deep

14 May 2012

.:: KaMi KaWaN je La...~


... بسم الله الرحمن الرحيم ...

Tahukah anda knapa Allah letak hukum COUPLE tu HARAM..?? Awal2 lagi Allah dah berfirman dlm Quran “Laa Taqrabuzzina”..anda faham kn maksudnya..? jgn hampiri Zina…apa maksud Zina yg anda faham..?

Zina tu banyak taw maksudnye..Zina hati, Zina mata, Zina telinga, Zina tgn and mcm2 lg la..

Kawan2 taw Zina hati tu ape..? bila dh kemaruk teringat buah hati siang malam.. then, ajak jumpe..mula la sangkut dgn Zina mata plak…”dari mata jatuh ke hati” la kononnya…then, ape lg mula la nk sentuh2..”ala pegang2 ringan je pun”…bila dah jin yg bergelar Syaitan tu berjaya memujuk & menghasut, pasangan ni mula la terjerumus ke Zina yg lebih Besar…bila dh dapat baby bru nk mnyesal…sronok kn..? snang je nk dapat baby..xpayah blanja tinggi nk urus kenduri, xpayah nk blanja tnggi nk bayar bil hospital…gugur dalam toilet pun bole..yang paling best xpayah nk jumpa face to face ngn family….dalam hutan pn bley jadi…

Nauzubillah…~

So, alasan or ayat yg paling simple slalu kita dgr :



“ala..kami just contact ja..bukannya jumpa...lagi pun dia baik pa...sebab dia la aku banyak berubah...dia selalu kejut aku bangun solat, selalu tegur aku..bla bla bla...mcm2 lagi la...xkan tu pun salah..??”

Memang salah..! nak taw kenapa..??

Yang pertama, kalau anda berubah mesti la kerana ALLAH...! anda percaya ke perubahan anda tu disebabkan dia..?? bukan ke Allah yang pegang hati setiap HambaNya..??
awal2 lagi niat da x betul...nak berubah sebab nak kan perhatian dia..macam tu ke..??

Nabi pernah bersabda,
“siapa yang hijrahnya (berubah) kerana Allah & Rasulallah, Hijrah nya untuk Allah dan RasulNya...
akan tetapi jika siapa yang Hijrah nya kerana Wanita & Dunia, nescaya itu yang akan dia perolehi..”

Kalau dah niat kita nak berubah kerana Allah alhamdulillah...~
Tapi kalau, “aku berubah sebab nk dapat dia la...harap2 dia terima aku”..
Ini ke hijrah yang anda nak...Dunia ja dapat..Akhirat..?? berkat pun xde..Nauzubillah..~

Yang kedua, dalam dunia dah xde ke kaum sejenis yang boleh tegur kita..?
Kenapa perlu cari yang HARAM sedangkan yang HALAL masih ada...??

Belagak mcm kita taw apa akan jadi pada kita nanti kan..?
kalau dah Allah LARANG awal2 lg tu mmg sah la Allah taw kelemahan hamba Dia..kan Dia yg cipta kan kita...~  macam orang yang mencipta sesuatu alat la..sudah tentu orang tu taw apa kelemahan alat yang dicipta..kan..? ^_^



Allah taw makhluk yang bernama Manusia ni mudah terikut NAFSU...kalau Dia taw Manusia ni boleh tahan Nafsu 100%, Dia TAKkan HARAM kan COUPLE...sebab Manusia ni LEMAH la Allah LARANG....ingat tu...~

Lagi satu, ada gak slalu kita dgr camni :
“kalau kita xbkawan n kapel skrg, mcm mna nk taw dia tu sesuai ke x nak buat pasangan hidup..?”

Alahai kawan2...~
Xkan dsebabkan itu je kita nk dekati Zina..??
smua org nak pasangan hidup yg soleh/ah kan..?? so, Kita usaha ubah diri kita jadi Soleh/ah dulu..kan Allah dah janji lelaki baik utk wanita yg baik & sebaliknya...~
lagi pun jodoh Manusia Allah dah lama tentukan...xpayah nak cari..sampai masa, datang la JODOH tu..~  kan...? ^_^

berkenalan lepas kawen kan lebih INDAH...Sweet jew...~ ^_^
baru la bnyak modal nak citer..hehe
rumahtangga yang di bina pun lebih berkat..
kalau Kita sendiri elak untuk berkapel n elak dari Hampiri Zina, InsayAllah, Allah akan beri pasangan hidup yang sama dengan kita...mesti anda nak kan..??
takkan anda nak pasangan hidup yang pernah berkapel, mesej ramai pompuan/laki n bla bla bla...~
for sure la nak yg baik jew...~  kan..? 
so..?? jom Mujahadah Nafs (berusaha melawan Nafsu) & berusaha utk jadi anak yang soleh/ah dulu...btol x..?? hehe

nak lagi..??
yang ni plak..:

"ala, aku kwn je pn dgn dia..borak2 kosong..calling2 tu besa la..kuar jalan2 pn dgn rmai2 kwn pe..bkn nye kmi bdua je.."


Kawan2..anda taw kan PERGAULAN laki & pompuan pun ada batas nya...?
bukan nya Islam larang laki xboleh bergaul dengan pompuan atau sebaliknya...tapi ada BATAS nya..kalau dah gelak besar “HAHAHA” liuk lentok badan xpandai nk cover ape cer..? camtu ke cara JAGA batas??
Pastu plak begayut fon 24 Jam mngalahkan cakap fon dgn mak ayah..gelak sana gelak sini...ape cer..??

Muslimah..!  anda taw ke lelaki di ciptakan dengan SYAHWAT..??? mungkin anda fikir “biasa je kami borak...aku anggap dia kwn je weyh...!” padahal anda x taw yg lelaki ni struggle pertahankan nafsu bila dgr suara anda...tengok plak liuk lentok badan anda..taw x..??

Wanita plak di ciptakan dengan KESERONOKAN pada kaum Adam...ya..!  Wanita adalah FITNAH DUNIA...sedangkan Nabi pernah bersabda, “wanita lebih senang masuk Syurga & lebih senang masuk Neraka...”  mana satu yang anda PILIH...???

Ini la antara sebab2 knapa Allah larang kita KAPEL..!
Ini la antara sebab2 knapa Allah suruh kita jaga BATAS PERGAULAN....!

Astaghfirullah al-azim...jauhkan kami dari FITNAH DUNIA Ya Allah.... T_T



notakaki : Jom sama2 kita Tajdid Niat (perbaharui Niat), Koreksi & Muhasabah Diri..
moga Kita menghadap Nya dengan Husnul Khatimah...insyaAllah...~ ^_^


07 January 2011

.:: seLoka CinTa di MaTa ReMaJa

... بسم الله الرحمن الرحيم ...


Apa nak jadi dengan manusia,

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

konon setia katanya.

Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini

dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.

Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.

Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.

Ada yang kata cinta itu,

C - cinta

I - itu

N - nikmati

T - tubuh

A - anda

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...

Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...

Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.

Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.

Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?

Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...

08 November 2010

.:: kaSiH DaLaM DiaM ::.

...بسم الله الرحمن الرحيم...


bila belum bersedia melangkah lebih jauh dgn seseorang..
cukup lah hanya mencintai nya dalam
diam...
kerana diam mu adalah salah satu bukti cinta mu padanya...
kau ingin memuliakannya..
dengan tidak mengajak nya menjalin hubungan yang terlarang..
kau tak mahu merosak kan kesucian dan penjagaan hatinya....

kerana
diam mu memuliakan kesucian diri dan hatimu....
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu..
kerana
diam mu bukti kesetiaanmu padanya...
kerana mungkin saja orang yang kau cinta..
adalah juga pilihan Allah s.w.t..
pilihan yang terbaik untuk mu....

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
yang keduanya saling
memendam apa yang mereka rasakan....
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

kerana dalam
diam mu tersimpan kekuatan...
kekuatan harapan.....
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan mu itu menjadi nyata....
hingga
cinta mu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan yang nyata...
bukan kah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hambanya yang berharap....???

dan jika memang 'cinta dalam diam mu' itu...
tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata...
biarkan ia tetap
diam.....

jika dia memang bukan milik mu....
insyaAllah.....
melalui masa dan waktu....
Allah akan menghapuskan
'cinta dalam diam mu' itu...
dengan memberi rasa yang lebih indah..
dan insan yang yang lebih baik dari itu..

kenapa harus ragu-ragu??
kekuatan usah di tunggu....
tetapi perlu dicari....
biarkan 'cinta dalam diam mu' itu....
menjadi memori tersendiri.....
sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dan Sang
Pemilik Hatimu....





Daisypath Friendship tickers