... بسم الله الرحمن الرحيم ...
Bertudung atau berfesyen?
Seseorang wanita yg menjaga auratnya dari
pandangan lelaki bukan mahram,
bukan sahaja dia menjaga
maruah dirinya, malah maruah wanita
Islam keseluruhannya.
Percaya atau tidak..?
Harga diri wanita terlalu mahal...
kerana syariat islam telah menggariskan
panduan dan bagaimana ciri-ciri pakaian
yg sepatutnya dipakai oleh kaum wanita..
Mestilah longgar dan tidak jarang..
warnanya pula tidaklah begitu terang
dan menutup seluruh badannya
dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta
dunia seperti intan dan berlian,
sudah tentu ia dibungkus
dengan rapi dan disimpan pula
di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga dengan wanita,
kerana wanita yang bermaruah tidak akan
mempamerkan tubuh badan di khalayak ramai.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat,
tetapi bersesuaian dengan garisan syarak.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita,
...Alhamdulillah ...
Sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,
sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah
Hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga
dan dipakai, namun pemakaiannya
masih tidak lengkap dan sempurna. pakaian yg menampakkan susuk tubuh .. fesyen 1 ..
.. fesyen 2.. .. fesyen 3 .. .. fesyen 4 ..
fesyen bersanggul ( petanda akhir zaman ).. fesyen 5 .. .. fesyen 6 .. Rekaan itu kesemuanya
bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas
wanita.
Sekaligus pakaian boleh
melindungi wanita dari menjadi bahan
gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih
berhias-hias, maka terjadilah pakaian
wanita Islam sekarang walaupun bertudung,
tetapi semakin membesarkan riak
dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah.
Jalan mendabik dada.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik,
up-todate, sofistikated, bergaya,
ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai
tidak membuahkan rasa kehambaan.
Kita tidak merasakan diri ini hina,
banyak berdosa dengan Allah
mahupun dengan manusia.
Kita tidak terasa bahawa menegakkan
syariat dengan bertudung ini hanya satu
amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan
berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai
atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung
tapi masih lagi berkepit dan
keluar dengan teman lelaki.
Ada orang bertudung
yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih
menyentuh tangan-tangan lelaki
yang bukan mahramnya.
Macam-macam lagi maksiat
yang dilakukan oleh mereka yg bertudung
termasuklah kes-kes besar seperti zina,
khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh
orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin
ikut jejak orang-orang bertudung
pun tersekat melihat sikap orang-orang
yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup
aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.
Lebih baik tidak bertudung.
Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula
tawar hati untuk masuk Islam
kerana apa??
Kerana sikap umat Islam sendiri
yang tidak menjaga kemuliaan ISLAM.
Sekian, wassalam.