05 March 2011

.:: perTaNGinGan puBliSh picx TerBaNyaK ::.

... بسم الله الرحمن الرحيم ...

pertandingan gambar terbanyak & publish in faceb0ok / friendster / twitter.......
hadiah tempat pertama :

1) gunting panas di neraka..!
2) dosa bertimbun..!
3) fitnah dunia..!

j0m ramai2 sertai & tambah saham NERAKA anda...!!


best kan tangkap gambar banyak-banyak, posing sana posing sini..
makeup tebal-tebal, pastu masukkan gambar2 dalam facebo0k, friendster @ laman sesawang yg lain .. jadi pameran..
orang pun mudah kenal..tak kira la pakai tudung ke, free hair ke, pakai niq0b ke..
still nak tunjuk gak kan..

tak takut ke nanti orang save as je gambar kita. kalau save saja tak pe lagi..kalau ada yang berkenan then pegi jumpa bomoh n baca jampi serapah untuk suka kat dia..
camne tu? sapa nak tanggung..?

tapi tahu kah anda??
anda sebenarnya menyebarkan FITNAH...!!!
kamu menyerupai syaitan...!!
kerana kamu lah penyebab timbulnya FITNAH..!!

naluri lelaki berbeza dgn wanita..
percayalah..!
apa yg anda fikir takkan tercapai dek akal..
benda yg remeh kita fikirkan, adalah bnda yg terbesar bg mereka..
anda fikir hnya dengan menunjukkan wajah anda, tidak mnggiurkan nafsu lelaki??
anda silap..!

nabi SAW pernah bersabda :


“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

tak takut kah anda??

ini balasannya kelak...!

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam friendster , facebo0k atau laman sesawang yg lain sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai mana2 laman sesawang tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.

Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa & merupakan fitnah trbesar bagi lelaki.

Allah Ta’ala berfirman :

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda :

“Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya :

“Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan dan membelakang dalam bentuk syaitan.”

Para wanita menyerupai syaitan karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas.

Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

sabda RASULULLAH S.A.W.;

Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalanku fitnah (cubaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.

(Muttafaq ‘alaihi)

Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:

Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita

Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya

Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya

Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

jika ditanya, bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik2 jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum.

Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semu alasan semata2 untuk membenarkan apa yang kita buat.

Wallahu’alam..

04 March 2011

.:: jGn MeNanGis !! ::.

... بسم الله الرحمن الرحيم ...

hati kini menangis...
tapi aku harus kuat..
aku perlu tunjukkan yg aku ni kuat
duhai hati..kuat lah..!
Allah tahu apa yg terbaik buat mu..
REDHA itu penting..
REDHA itu akan membuahkan hasil..~
ingat tu..!


hati kini menangis..
mencari ketenangan dengan berserah..
menuntut ilmu tu bukan mudah..
kadang2 ia memerlukan kesabaran dan ketabahan..

impian yg nak dicapai bukan mudah kalau tak ada kesusahan...
betulkan?
Allah kan suka hambanya yg sabar dan tahan ujian..


ujian yg aku hadapi ni tak sepahit dan sesukar ujian ke atas baginda...
ujian ni cuma sedikit..kenapa perlu runsing??
sedikit sja Allah nak mnguji..
jangan mudah melatah..
ujian kan mematangkan diri...

hati..sabarlah..
masa berlalu dgn pantas..
cukupkah amal yg nak dibawa..
jgn terlalu memikirkan dunia yg sudah pasti tak kekal..

mata..jgn kau menangis..
kamu tabah bukan?
akal...jangan terlalu runsing..
jgn terlalu memikirkan ujian itu berat..
bukan kah kamu perlu memikirkan nikmat2 yg sentiasa kamu peroleh..
bersyukur lah kamu..
ujian itu kan hanya sebentar..
kamu akan peroleh kesenangan kelak..
insyaAllah..

Allah itu Adil kan?

p/s : muhasabah buat hati yg pilu & akal yg runsing..=')
sabar lah...! ^__^
Daisypath Friendship tickers