Di sebuah kampung, tinggal sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ayah dan 3 orang anak..anaknya bernama HARBEN, ANIS & AMSOL..
Harben & Anis merupakan anak kesayangan si ayah..mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Akan tetapi anaknya yang bernama Amsol, diabaikan. Si ayah membiarkan Amsol tidak terurus. Makanan nya tidak dijaga, apatah lagi pakaian nya yang compang-camping. Si ayah tidak menghiraukan kemana Amsol pergi, malahan tidak kisah sama ada anaknya itu ada di rumah ataupun tidak. Amsol selalu menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di keliling kampung. Dia merantau dari sebuah kampung, ke kampung yang lain.
Akan tetapi anaknya Anis diberi sedikit kelonggaran. Disebabkan sikapnya yang pandai menjaga diri dan pandai mengambil hati orang tuanya, dia dibenarkan bersiar-siar di sekitar kampung.
Pada suatu hari, kisah tentang kehidupan keluarga ini sampai ke pengetahuan Sultan. Sultan amat pelik dengan tindakan si ayah itu. Lalu baginda sultan memanggil si ayah itu untuk datang mengadap.
Si ayah pun mengajak Harben dan Anis untuk menemani nya. Istana terletak di sebuah pulau. Mereka perlu menyeberangi lautan untuk sampai ke sana.
Malangnya Harben & Anis tak dapat menghantarnya hingga ke istana kerana mereka tidak tahu jalan ke sana. Anaknya Harben hanya dapat mengahantarnya ke muka pintu kerana dia tidak pernah dibenarkan keluar dari rumah. Anis pula hanya dapat menghantarnya ke hujung kampung kerana dia tidak pernah keluar dari kampung itu.
Akhirnya, si ayah terpaksa meminta tolong anak nya Amsol yang selama ini dia abaikan….
Amsol pun menemani dan menghantarnya ke pulau tersebut..
Ketika dalam perjalanan ke sana, angin bertiup kencang, laut bergelora. Sampan yang mereka naiki menjadi terumbang-ambing. Anaknya Amsol yang dahulunya diabaikan mempunyai tubuh badan yang kurus kering, kurang tenaga untuk mendayung sampan tersebut lalu sampan itu pun terbalik dan karam....
Si ayah dan anaknya Amsol mati kelemasan di tengah lautan…~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitulah kehidupan kita di dunia ni…kalau kita tengok jalan cerita nya, ada juga yang sama dengan kehidupan segelintir masyarakat kita sekarang ni..
Apa yang tersirat di sebalik kisah ini adalah kehidupan kita sebagai seorang MUSAFIR di dunia ni..sama ada harta benda [HARBEN], anak isteri [ANIS] ataupun amal soleh [AMSOL]…mana satu yang perlu di ‘aula’ kan @ diutamakan…!
Mana satu yang kekal dan mana satu yang hanya sementara…??
Yang mana kita akan bawa mengadap Yang Esa di akhirat kelak…??
Renung-renungkan…!!
Seperti dalam kisah ni, si Ayah [ kita sebagai manusia ] lebih mementingkan harta benda dan Anak isteri berbanding dengan amal soleh yang semestinya kita akan bawa ke Akhirat kelak..~
Sedangkan, apabila kita meninggal kelak, harta benda hanya lah sementara..tidak boleh di bawa masuk kubur..anak dan isteri pula hanya boleh menghantar jenazah kita ke kubur..
Akhirnya kita keseorangan…
Tiada peneman di dalam kubur..
Tiada peneman utk bertemu Yang Esa…
Yang ada hanyalah AMAL SOLEH..
Sebanyak mana AMAL SOLEH yang kita bawa??
Adakah kita biarkan seperti mana si Ayah mengabaikan si Amsol..?? kurus kering..compang-camping..??