31 May 2009

last n3??

assalamualaikum...

kaifahal shbt2??
erm, ari nie ana nk ucap salam prpisahan kat shbt2..hehe
bkn nya pa, esok ana dh nk pi mnruskan perjuangan...haha,, dgr cam nk pi berperang ja..
esok genap 1 bulan ana dok lepak kat umah ja...hmmm...
so, lpaz nie kalau ana xupdate phm2 je la ek...tggu time ana free nnt bru ana ley update..
paham2 je la first2 msuk u nie msti ada pnya mnggu orentasi..bkn nya msti ada tp wajib ada..hahaha
ari nie, ana prepare je brg2..ltey gak..fuh..!!
kmarin ana pi knduri umah kwn..bkn stakat pi mkn knduri ja, siap jd pngapit lagi...haha...mmg xsangka..
seumur idup xpenah jd pngapit..tue pown bidan terjun..hmm, dah la x reti nak touch up2 muka org..nk kna touch up2 muka pngntin plak tue..haha..
last2 touch up muka sndiri ja...
tp nsib bek xsampai ptg ana jd pngapit..smpai tgh hari ja pown..ltey mcm wat qeja truk sgt..

blk2 tue jenuh mngurut kpala nie..pening la katakan..huhu

erm, apa yg ana publish kali nie, mybe last kot...
bkn nya last ana xmaw buka blog dah, just nk stop jap...ana taw lpas ana smbung blajar nie msti busy sgt2...*mngalahkan jd mnteri* haha...

ok la...stakat nie ja kot...coming soon ek...hehehe

komen2 la...jgn malu2:)

28 May 2009

ll pening mmikirkan ll

update - update....
huhu....lamanya x update...xtaw pe yg nk dkongsikan ngn shbat2..
ana pown dok umah ja, xwat pa pown..smpai pening xtaw nk publish pe..
ya Allah, tensen nye......................
cmna la org len bley buat bnyak n3...ingatkan snang jer nk wat blog nie...
huhu..dok umah pown boring jer...sjak2 pencen blajar nie, rasa rindu sgt nk smbung blajar...dok ngn kwn2, stdy ngn sama ngn kwn2, mkn sama2...smua tue saat indah bg ana....
huhu..teringin nya nk kmbali ke zaman tue...

17 May 2009

...keRjaYa seORanG GuRu...

erm, smpena hari guru nie pe yg ana nk kongsi kan ek?? sdg memikirkan...

salam shbt2 ...
dksmpatan nie, ana ucapkan slamat hari guru kpd guru2 ana firstly yg mngajar & mndidik ana sjak kecil ( bonda ku tercinta ) *mama, jasa mu mndidik ku x ternilai harga nya...terima kasih mama* strusnya guru ana di Taski ABIM, guru2 di SKSB, guru2 di SEMI ABIM, guru2 di MMAS n guru2 yg trlibat scara lngsung @ tidak lngsung *shbt2 yg bnyk beri tnjuk ajar pd ana slama nie*...lastly, kpd shbt2 yg brgelar seorang guru n sesiapa yg bekenaan...pd yg x bkenaan tue, jgn sbuk2 la ek...hehe ( just kidding )

Bagi seorang guru *mcm ana nie* bkn nya nk mngharapkan sgt ucapan dr ank murid ke atau sesiapa..tp ingin mlihat hasil dr usaha mereka slama nie..so, sapa yg brgelar pelajar @ ank murid @ mahasiswa @ mahasiswi @ ape-ape je la yg bkenaan dgn pndidikan nie *hehe* knang lah jasa guru2 kamu sblum kamu dkenang kn..hahaha

actually, kpd shbt2 ana yg x lupa mngucapkan slamat hari guru kpd ana, syukran jazillan ana ucapkan...

p/s: ape yg pnting dlm kerjaya seorg guru nie, kena la ikhlas dlm mnyampaikan sesuatu ilmu n jalan kan amanah yg allah beri itu sbaiknya..baru lah idup dbrkati n xbnyk soalan yg kena jwb kat akhirat nnt...insyaallah..

15 May 2009

<< peRanGkaP TikuS >>

assalamualaikum...
kisah yg ana nak kongsikan ari nie ttg khidupan haiwan tp ada kna mngena jga dgn kita sbgai hmba Allah nie...
citer nye bbunyi begini......

...........................................

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

..................................................

hm...shbt2 fhm x ape yg dmksudkn dgn cter "PERANGKAP TIKUS" nie??

ksah nie ada kna mgena gak ngn khidupan kta sbagai hmba allah...moral yg kte dpt dr cter nie ialah jgn jual ikan...hehe...bak kate omputih "sell fish"...kita sbgai hmba Allah nie jgn lah sellfish sgt...hmba ssama hmba kna la saling tlg mnolong...time org susah kita tlg org, time kita susah plk insyaallah org akan tlg kita..hm, ksimpulan yg slebihnya mngkin shbt2 sndri boleh buat...
mudah2an allah sntiasa mmberi hidayah dan rahmat Nya pada hmba2 Nya...ameen..

13 May 2009

**KeRaNa Dia mAnUsiA BiaSa**


salam sjahtera n assalamualaikum..
hurm, ana da cter yg ng dikongsikan...
slamat mmbaca..

cerita ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami.



Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********



Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia.....?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.


Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin

12 May 2009

*sLaMaT HaRi iBu*


Buat ibu yang tercinta – Cinta yang tiak berbelah bagi – Ingatilah IBUmu setiap masa!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
( bukan orang kata….memang betul )

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang yang pertama datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati...mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang menenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti talifon....mak
Bila seronok, orang pertama yang aku beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil....”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini....mak
Yang selalu masak makanan kegemaran ku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku...mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin, oang pertama aku tunjuk dan rujuk....mak



Bila aku ada pasangan hidup sendiri.......

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ”Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pada pasanganku
Selalu... mak ingat padaku

Bila-bila...aku akan talifon pasanganku
Entah bila...aku nak talifon mak

Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk mak


Renungkan:
”Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........

.....................................................................

Tapi kalau mak sudah tiada.........
MAKKKKK...RINDU MAK....RINDU SANGAT.......

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya....
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya...

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Renung-renungkanlah sahabat2.........
Sama-samalah kita menghargai mereka selagi nyawa di kandung badan...

10 May 2009

pulau @#$%

salamun alaik...
kaifahal ya sohabati??harap sihat dibawah lembayung rahmat ilahi..amin:)
hurm,, dr kemarin asyik2 jln2 ja ana nie..besa la weekend..hehe..kmarin pegi shopping baju untuk persediaan nak masuk U..ari nie plak pegi tgk org men paintball..taw x ape tue paintball?
paintball tue permainan utk org yg teringin merasa suasana perang..hehe..men tembak2 cam tentera tue...ana pown klu tidak dh daftar dah nk masuk men jgk..tp abg ana plak x bagi..dia kata mainan tue lasak..sape yg kena tembak tue memang balik umah tue tinggal kesan la kt badan die..huhu..ana pown takut gak nk men..mau kena tembak kat kpala tak ke biol..huhu..so, ana jadi pnonton ja la..tgk abg ana men pown kira bgus la drpd blk2 tiba2 biol..hahaha..
ari nie kakak ana blk dr UITM..hmmm, cuti sem la ktakan..tp bgus gak..ada gak kwn drpd dok saja cam org gila...hehe
sbenar nya ana xsabar nk pegi smbung blajar..huhu..dah terbiasa pgang buku n blajar tetiba dok saja nie rasa kosong je..dok umah lama2 pown boring gak...

.....................................................................................

dkesempatan nie ana ada gak story nak kongsi...shbt2 bca xpaper metro ari jmaat??
ana ada terbaca satu cter nie..tajuk dia PULAU BOGEL...huhu..dunia zaman skrg macam2 yang berlaku. tue la tande nye dunia nak kiamat..brita nie bkn berlaku di luar malaysia tp di pulau dkat Johor Bahru..tmpat je di malaysia tp org yg bogel tue dr luar negara..taw x diorang watpe??
pertandingan lumba lari tanpa seurat benang pown di badan...punya la gila depa nie..huhu..prtndingan tue salah satu rncangan tv di negara org putih n lebih kurang mcm rncngan fear factor..negara apa ana dh lupa..syarat prtndingan tue, sapa yg xmau buka baju kena kluaq..xbley men..apa la punya bodoh depa nie..ai,,dunia2...

okey la shbt2...ltey tgk owg men paintball xabih gi..huhu..stakat nie dlu yg dpt ana kongsi kan...sekian, wassalam..........

08 May 2009

mesir?? seremban??


assalamualaikum dan salam sejahtera..
hai sahabat2, asif lama mnghilang..
hmmm....bnyak juga ksah yg nak dceritakan spanjang kehilangan ana nie..hehe..
untuk pngetahuan shbt2, ana x jadi nak mlanjutkan pelajaran ke bumi anbiya' ( mesir )..maybe ada hikmah disebalik apa yg berlaku..smua nie berlaku bukan atas khendak ana tp ats khendak Allah..hrpan ana mmg tringin sgt nk smbung blajar kat sna tp apa kn daya...Allah lebih mngetahui apa yg terbaik untuk kita..dikesempatan nie juga ana nk mnta maaf bnyak2 kat shbt2 yg sama2 berusaha ngn ana untuk mlnjutkan plajaran ke sana..mungkin ada yg rsa terkilan coz dlu ana yg smngat nk p tapi tiba2 xjadi...huhu..insyaallah ana akan iring kan pemergian shbt2 dengan doa...smoga berjaya n jgn putus asa...sntiasa ingat allah walau dmana jua..amin:)

hm...skrg nie alhamdulillah ana dh dpt tawaran utk smbung ke Kolej Universiti Insaniah ( KUIN )..1 hb Jun nie kna p daftar...kputusan upu pown ana tunggu gak..doa2kan ana dpt UIA..amin..tue lah harapan my parent..erm, dah slesai bab smbung belajar...skrg nie ana nk cter plak kisah terbaru..hehe

baru2 nie kan ana da gtaw yg ana kna ganti ngajar kat skolah yg ana kerja tue..last week ana baru balik dr Seremban dgn ckgu2 skolah tue juga coz kami mngikuti tamrin guru2 Seri dan Semi ABIM slama 3 hari 2 malam..erm, banyak juga pngalaman yg kami timba..pengisiannya hanya lah slot2 ceramah..best ke tak wallahua'lam..hehe..besa la ada yg best ada yg bosan..lumrah manusia "tak pernah cukup ngan apa yg ada"..hehe

masuk hari ke 3, kami pown plan nak singgah Nilai..shbt2 mesti taw Nilai tue tmpat pe kan..hehe..besa la dah bjalan jauh mesti la teringin nak bwk blk ole2...ana pown tanpa rasa malu dan segan silu, singgah la satu kdai pakistan nie..taw beli pe??
jeng jeng jeng...beli TIKAR n FRAME je...hehe..harga mmg berpatutan..bukan nk promote tp just beritahu...huhu..
dah selesai smua, kami pown smbung pjalanan pulang ke destinasi...malam juga kmi smpai umah...naik lenguh pinggang nie dok duduk ja..

erm, lpas habis tamrin tue kami bekerja sperti biasa..xde plak skolah bagi cuti special..huhu....kerja punya kerja tub tub hari nie hari last ana bergelar sbagai seorang guru...!! yups, hari nie mmg betul2 ana resigned keja..xdak ganti2 dah lpas nie..ingt nk rehat ja sblum p smbung blajar..tggal lagi brapa mggu ja lg ana akan bergelar siswazah..ehem2, dgr cam hebat jer...hehe

okey la,, nie saja yg ana dapat coretkan wat msa nie..slamat mmbaca..hehe
wassalam:)
Daisypath Friendship tickers