14 September 2012

Aku Cuma An-Nisaa Akhir Zaman

Aku Cuma An-Nisaa Akhir Zaman

Photo: Aku Cuma An-Nisaa Akhir Zaman  Ya Allah.. Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah Sehingga dirinya digelar afifah solehah Dialah wanita pertama Tiada ragu mengucap syahadah Pengorbanan bersama Rasulullah Susah senang bersama Walau hilang harta kerana berdakwah Walau dipulau 3 tahun 3 bulan Imannya sedikit pun tak berubah Mampukah aku setabah dirinya? Andai diuji sedikit sudah rebah.. Baru dihina sudah mengalah Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..  Ya Allah.. Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda Anak yang semulia peribadi baginda Tangannya lah yang membersihkan luka Tangannya jua yang membersihkan cela Pada jasad Rasulullah tercinta Gagahnya dirinya pada dugaan Mampukah aku sekuat Fatimah? Saat diri terluka dendam pula menyapa Saat disakiti maki pula mengganti Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..  Ya Allah.. Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan Mampukah sabarku seperti mereka? Tatkala digoda nafsu dunia.. Entah mana hilangnya Iman di dada  Ya Rahman.. Kuatkan Imanku seperti Masyitah Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih Kerana yakin Allah pasti disisi Sabarkan aku seperti sumaiyah Biar tombak menusuk jasad.. Iman sedikit pun takkan rapuh.  Ya Allah.. Jadikan aku semulia Ummu Sulaim Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah  Ya Allah.. Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya Tingginya nilai cinta pada harga Iman Mampukah aku menatap cinta itu? Sedangkan rupa yang menjadi pilihan Ketulusan Iman diketepikan Ya Allah.. Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..  Ya Allah... Jadikan aku sehebat Aisya Humaira Isteri termuda Rasulullah Biar dilempar fitnah Dia tetap teguh pada ketetapanNya Isteri sejati yang memangku Nabi Pada saat terakhir baginda Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan Betapa hatimu seorang mujahidah  Ya Allah.. Mampukah aku contohi dirinya? Pada fitnah yang melanda Diri mula goyah dan putus asa Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..  Ya Allah.. Teringat diri pada Khansa Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH Dia meratap tangis.. Anak sulungnya syahid Anak keduanya turut syahid Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad  Ya Allah.. Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad? Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah Berikan aku kekuatan sepertinya.. Agar bersedia pada akhirat.  Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah.. Diriku bukan setabah Ummu Khadijah Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman Dimana Aurat semakin dibuka terdedah Dimana syahadah hanya pada nama Dimana Dunia yang terus dipuja Dimana nafsu fana menjadi santapan utama Dimana batas sentiasa dileraikan Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan  Wahai Kaum Hawa Kita cuma An-Nisaa  Para pendosa yang terbanyak di neraka Lantas walau tak setabah para Mujahidah Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!  Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga.. Bicara dari An-Nisaa yang hina.. Makbulkan doaku.. Aamiin..

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
Daisypath Friendship tickers