26 October 2010

.:: BeBaSkaN..!!! (karya Fatimah Syarha) ::.

..بسم الله الرحمن الحيم..

assalamualaikum...
bahagia dan gembira hari ni..
alhamdulillah, nikmat Allah...^__^
kali nie suka ana nak berkongsi..
sebuah novel yang agak menarik..
anda kenal Fatimah Syarha..??
ana pasti ramai pembaca yang mngenali beliau..
beliau adalah seorang novelis yang terkenal..
novel-novel yang dikarang beliau sangat menarik..

antaranya adalah..

PEMILIK CINTA KU setelah Allah dan rasul :
isinya yang sangat menarik..



TAUTAN HATI




SEINDAH MAWAR BERDURI :
karya ini memenangi tempat ketiga..
bagi Sayembara Menulis Novel..
sempena ulang tahun Jubli Emas DBP..



SYABAB MUSAFIR KASIH :
melewati hari2 di Kampung Pacat Lintah..
walaupun melalui pembacaan, terasa terlalu dekat dengan hidup mereka..
terima kasih buat kak Fatimah Syarha..
kerana buatkan jiwa ini rasa & tersentuh dgn cerita dan mesej nya..
Hidup bermandikan tohmahan dan cacian tak pernah ada air mata..
Namun diri tercinta tetap terbela..
membuatkan hatiku tersentuh pada seorang Syabab....


dan kini yang terbaru..
BEBASKAN...!
masih belum di 'publish' kan..
nantikan kemunculan nya...

sedikit sedutan dari 'BEBASKAN'..


Cahaya bulan jatuh bersimbahan. Purnama terang.
Bu Dhiya’ dan dua orang anak gadis menderap perlahan-lahan
menuju ke tanah perkuburan Islam.
Tanpa bicara.
Suami Bu Dhiya’, Pak Yodong mengawasi di belakang.
Hanya dia yang memegang lam
pu suluh.
Tidak dipasang dek ingin menikmati cahaya alam.
Makam sepi.
Warna kemboja yang memutih indah disapa cahaya.
Harumannya menusuk deria. Salam dan doa berlantunan buat penghuni negeri abadi.
Barzakh, alam permulaan akhirat.
Di situ, bermulanya kembara di alam yang kekal.
Hati mereka diketuk rasa kesayuan dan keinsafan.
Bu Dhiya’ mengambil tempat di tepi tanah perkuburan.
Anak-anak gadis yang turut bersamanya ikut melabuh duduk.
Dalam satu bulatan, mereka sama-sama mengungkap al-Fatihah yang mulia.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang aneh.
Cuk! Cuk!
Bunyi cangkul menerkam tanah. Sayup-sayup.
Seorang gadis memegang erat jubah Bu Dhiya’.
Menggeletar. Suami Bu Dhiya’ meluruskan lima jari, menunjuk isyarat bertenang.
Dia berjalan mencari arah bunyi itu. Daya inkuiri menendang-nendang sukma.
Bu Dhiya’ berdiri lalu menuruti jejak suaminya.
Kedua-dua anak gadis membuntuti.
Ekkkk…
Tangisan lemah seorang bayi merayu simpati.
Bersatu dalam tangisan seorang wanita yang mengesak tersedu-sedan.
Wanita itu tega mencangkul tanah.
Suku meter.
Kemudian, dia mengambil bayinya dan memasukkan ke dalam liang lahad yang digali. “Astargfirullahal azhim!” Tempik Bu Dhiya’.
Wanita di usia remaja itu kaget. Dia berlari lintang-pukang.
Langkahnya tak bermaya. Pak Yodong mengejar.
Kedua-dua anak gadis turut mengejar.
Bu Dhiya’ mendapatkan bayi malang itu.
Tiada seurat benangpun menyelimuti kesejukannya.
Tali pusat masih basah.
Badannya bengkak kemerah-merahan di sana-sini.
Kesan gigitan nyamuk dan semut. Bayi itu didakap ke dada.
Kepala si bayi terketar-ketar mencari susu di dada Bu Dhiya’.
Lemah.
Hampir hilang tenaga. Air mata keibuan tumpah.
“Ya Allah, kasihani dia.”
.

sedikit sinopsis dari 'BEBASKAN'..



Kerumitan persoalan tentang kewanitaan, kekeluargaan dan cinta sering mengundang salah faham terhadap agama.
Salah faham itu menyebabkan masyarakat makin jauh daripada-Nya.
Memenjarakan hati. Bu Dhiya’ hadir untuk mendidik bukan men
ghukum.
Dengan lembut sabar, kekeliruan dijernihkan satu persatu.
Membebaskan tanggapan.
“Adakah Islam memahami kesedihan hati seorang isteri apabila suaminya nak kahwin lagi?”
“Berdosakah isteri yang minta diceraikan atau khulu’ jika suaminya ingin berpoligami dengan sebab takut agamanya rosak kerana cemburu?”
“Kenapa dalam Islam poligami itu hukumnya harus?”
“Kenapa wanita perlu berhijab?”
“Kenapa lelaki dapat lebih banyak dalam harta waris?”
“Kenapa perlu hormat mak ayah yang tak tahu hormat anaknya?”
“Kenapa lepas kahwin baru boleh bercinta?”
Kenapa dan kenapa….
Bu Dhiya’ hanyalah seorang pekerja kebersihan biasa.
Dimuliakan kerana ilmu dan akhlaknya. Dia membuktikan, tangan yang menghayun penyapu mampu menghambat gelodak lumpur di jiwa. Merungkai kusut di minda.
Mulia itu pada takwa bukannya pada pangkat dan harta.
Dirinya bebas daripada pesona dunia.
Berlian hasil gilapan pesantren ini menjadi rujukan remaja-remaja puteri
yang sedang kacau fikirannya, berteka-teki dengan konflik diri.
Sara dan Dierani tenang berteduh di bawah redup kasihnya.
Bukan itu saja, para pensyarah di KOSDAT dan teman-teman sekerja juga
meneguk manfaatnya.
Bu Dhiya’ menyingkap tabir tentang baiknya Allah SWT.
Membebaskan kefahaman.
Bukti cinta sejati seorang ibu,
Bu Dhiya’ sentiasa mendoakan dan mengambil berat perihal anaknya, Qasdina. Biarpun cinta dibalas benci, Bu Dhiya’ tetap berbaik sangka.
Qasdina dianggap hanya menjadi mangsa keadaan bukan terus dilabel anak derhaka.
Dia tekad untuk terus berjuang membebaskan anaknya dari murka Ilahi selagi jasad belum ditelan bumi.
Doa, doa dan doa yang tidak putus-putus menghadiahkan keajaiban.
Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda.
Ada golongan yang menyeru ke arah pembebasan dan emansipasi wanita
hakikatnya merekalah pemenjara wanita dalam kerangka pemikiran serakah.
Dimanipulasi. Ditarik hidung oleh pejuang feminism Barat.
Ada juga golongan yang bersikap melampau
sehingga masyarakat melihat berpegang dengan agama itu suatu hal yang rumit
dan membebankan.
Akibatnya, wanita terpaksa pasrah menyerahkan hala tuju kepada kaum lelaki.
Namun realitinya, tetap ada kebaikan yang boleh dikutip daripada dua golongan ini dan kekeliruan mereka boleh dijernihkan.
Merdekalah mereka yang membebaskan diri. Kita bagaimana?
Sudahkah kita bebas atau masih terpenjara?
..

p/s : mari lah sama2 kita menyokong jalan dakwah beliau..
moga mendapat manfaat..^__^






4 komen:

HaNNa San said...

mcm best je novel2 tuh..sy ske yg tautan hati tuh..best sgt..maybe next time nk beli novel lain yg die tulis plak la..:D

♥@ku seBaGa! HamBa♥ said...

mmg best..
smua novel yg di karang best..
dah baca denyut kasih medik?
tue karangan dr. farhan..suami beliau..
^__^
best jugak..
slamat membaca..^__~

Anonymous said...

semua karya fatimah syarha best..tapi pada beberapa tempat,nampak macam terlalu syadid..
tapi dari segi perkembangan cerita memang luas..saya dah baca dah tautan hati dan syabab musair kasih..nama karakter dalam seindah mawar berduri dengan tautan hati lebih kurang sama saja..denyut kasih medik pun dah baca..best! sapa2 yang belum baca,cepat2lah cari ek..pernah baca karya habiburrahman el shirazy? bumi cinta merupakan salah satu karya beliau..memang islamik..melalui novel ni..sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa islam adalah agama yang syumul dan praktikal..READ TO LEAD!

♥@ku seBaGa! HamBa♥ said...

Anonymous ~
ya..betul kata anda..
dari penulisan nie la kita boleh sebarkan dakwah..
kadang2 benda yang kita anggap remeh tu yang perlu kita tau..
contoh nya dalam denyut kasih medik..banyak info dan hukum2 yang boleh kita tau dgn membaca...^__^

Daisypath Friendship tickers