.. بسم الله الرحمن الرحيم ..
assalamualaikum...
alhamdulillah, sangat bersyukur..
Tiba-tiba hati ini rasa nak khabarkan sesuatu..
tapi pada siapa?
lantas aku coretkan sedikit luahan hati ni..
ingin sekali aku khabarkan pada semua..
pada dunia dan seisi makluknya..
seperti diberi nafas baru..
semangat ku makin bertambah..
aku bahagia..
boleh dikatakan dunia ini aku yang punya..^__^
rasa disayangi..
begitu disayangi..
kekasih hati yg sekian lama ku cari..
kini hadir..
semakin dalam cinta ku pada 'nya'..
sedalam dasar lautan hingga ke langit ketujuh..
dan sememangnya aku tahu..
cinta 'nya' padaku sejak dulu..
tak pernah pudar..
sepudar baju yang di rendam clorox..
walaupun sehari lima kali aku ber 'dating' dgn 'nya'..
aku tak mendalami erti cinta 'nya' yang sebenar..
astaghfirullah al-azim...
sesungguhnya selama ini aku buta..
mencari cinta yang tak pasti..
cinta yang banyak mengecewakan..
fitrah manusia punyai perasaan cinta..
cinta itu indah sebenarnya..
tapi manusia salah menafsirkan erti cinta..
manusia juga yang merosakkan keindahan cinta itu sendiri..
moga kebahagiaan seperti ini berterusan..
tapi apakan daya..
lumrah kehidupan..
derita dan bahagia silih berganti..
aku redha..
kerana kekasihku tahu apa yang terbaik buatku..
dia sentiasa mengawasi aku..
alhamdulillah...^__^
di sini aku ingin berkongsi...
peringatan buat diriku juga..
manfaat kan cinta ini..
cinta yang begitu tulus..
suci dan kekal abadi..
0 komen:
Post a Comment