16 October 2010

.:: u know but u don't know ::.


.. بسم الله الرحمن الرحيم ..

salam sejahtera..
salam penghuni syurga...
selembut bayu..
hembusan kasturi..
seindah ceria nya suria pagi....
sedamai hati memuji Ilahi..
bagaikan di taman Firdausi...

tersenyum keseorangan..
menghayati bait2 nasyid dari kumpulan inteam..
tapi hati tiba2 tak tenang...
teringatkan sesuatu yang ana nak kongsikan di sini..

'anda tahu tapi anda tak tahu'....
tajuk yg ana rasa agak sesuai
dengan topik ana hari ni...
apa yang tahu tapi sebenarnya tak tahu??
anda kata anda tahu..
tapi kenyataannya, anda TIDAK tahu..

orang yang kata tahu dan dia benar-benar tahu adalah
orang yang amalkan....
you know and you do it...
contohnya dalam kehidupan seharian...
tanpa kita sedar ataupun tidak...
banyak benda yang kita tahu dan kita TIDAK amalkan...

contoh yang paling dekat adalah diri sendiri..
setengah orang tahu, SOLAT tu penting..
tapi tak amalkan..
orang yang SOLAT pun tahu, SOLAT diawal waktu..
tapi tak amalkan...

contoh kedua adalah dengan ahli keluarga sendiri...
kita tahu adab-adab dengan ibu bapa..
tak perlu la ana nak terangkan kat sini..
hope, semua dah tau..
tapi berapa kerat je yang amalkan dengan betul??
kira sendiri...

video

tentang AURAT pun ana nak tekankan kat sini..
kalau sebut tentang aurat ni, ana khususkan pada kaum hawa la..
tak perlu ana nak beri gambaran yang jelas..
memang aurat ni boleh dilihat dimana-mana..
cuba kalau kita buat survey..
kita tanya smua kaum-kaum hawa diluar sana..
mesti smua TAHU apa itu AURAT..
tapi kenapa mereka TIDAK amalkan???



Ya Allah, ana sendiri pun malu...
malu tengok aurat yang terdedah sana sini..
tambah pula kalau kaum adam yang tengok..
apa kata mereka..??

kalau nak diikutkan,
banyak lagi benda yang ana nak kaitkan dgn tajuk ni..
tapi hnya Allah yg tahu...
ana hanya mampu bermain dgn perasaan..
hanya mampu gelengkan kepala..
'kenapa aku tak sekuat mereka??'
'aku perlu tabah,
aku perlu tahu dan hakikatnya aku tahu'

Ya Allah....
ku panjatkan doa pada Mu...
sesungguhnya aku hamba Mu yang hanya tahu meminta...
sesungguhnya Kau Maha Memberi...
ampunilah dosa kami..
dosa hamba-hambaMu yang sering lalai dgn nikmat yang sementara...
yang tahu dengan nikmat syurga...
tahu dengan balasan azab neraka yg amat pedih..
tapi kami tidak amalkan...
wa 'iya zubillah....
rahmati lah kami Ya Allah....
wa anta Rabbul mustadh'afin....






0 komen: