kalau Rasulullah pernah berbangga punya sahabat
seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Zubair & seterusnya...
Aku juga rasa bangga kerana punya sahabat yang tidak kurang hebat nya mereka..
Jika Rasulullah berada di depan mataku
akan ku meluru pada beliau & menceritakan tentang teman-temanku..
Tentang mereka..
Semua tentang mereka..
Walau tidaklah sama dengan sahabatmu wahai Rasulullah..
Barangkali tidak sampai sebesar mana pun kehebatan mereka berbanding dengan sahabatmu..
Namun aku tetap mahu khabarkan tentang mereka jika engkau di depanku..
Namun itu mungkin tidak akan berlaku...
Lalu aku khabarkan pada Allah..
Tuhan semesta alam..
Wa anta Rabbul mustad’afin..
dan Allah itu nyata maha mendengar..
Maha Melihat..
Maha mengetahui..
dan Maha segalanya..
Seorang demi seorang ku khabarkan padaMu..
Seorang demi seorang sifat mereka ku kongsi denganMu..
Kata-kata mereka..
Senyuman Mereka..
Tangisan mereka..
Impian mereka..
Kemahuan & harapan mereka..
Ya Allah, aku dapat merasa kau dihadapanku lalu
Kau tersenyum mendengar ceritaku..
Kau memandang dengan penuh kelembutan dan kesyahduan..
Malu rasanya kerana tidaklah seberapa berbanding insan pilihanMu..
Namun aku berasa sangat gembira kerana dapat
Berkongsi dengan Mu lalu aku menadah tangan
Berdoa kepada Mu…
“Wahai tuhan kami, buat Mu pengaduan kami hingga engkau redha kepada kami..buat Mu hati dan perasaan kami hingga engkau sudi memandang kami, buat Mu harapan dan ketakutan kami hingga engkau tetap memimpin kami & bagi Mu sahabat-sahabat kami, agar engkau tetap satukan hati kami hingga peroleh syahid kelak..aminn…”
0 komen:
Post a Comment