06 August 2010

.:: FadHilat istighfar ::.

Fadhilat beristighfar

Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa(nyanyuk).’

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.

Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100x sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : ‘Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.

* Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.

* Sifat hazan bererti berduka cita.

Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-

· kesihatan

· umur

· kasih sayang

· anak-anak.


p/s : selamat beramal...^__^

0 komen: