.. بسم الله الرحمن الرحيم ..
Salam alaik..^__^
firstly, alhmdulillah..bersyukur masih lagi diberikan nafas hingga Ramadhan ke-20 dalam hidup ana..moga Ramadhan kali ini lebih banyak amalan nya..insyaAllah..
pada tanggal 1 Ramadhan tepat 10.35 pm jam di laptop ana, tiba2 ana terdetik untuk coretkan entry nie..agak2 kenapa ya??
mungkin dah banyak kita baca artikel2 atau entry2 di blog yg lain tentang fadhilat Ramadhan, Hukum2 nya, n bnyak lagi semuanya tentang Ramadhan ( bla bla bla )....
tapi adakah kita concern & ambil berat tentang smua tue..?
alhamdulillah n tahniah la bagi sesiapa concern..^__^
tajuk entry kali nie 'Ramadhan the movie'..macam menarik tak?? *hehe*
bukan nya nak cerita tentang apa2 movie..tapi realiti masyarakat sekarang ni macam movie..
bersempena dengan Ramadhan ni pula, maka terciptalah 'Ramadhan the movie'..
apa realiti masyarakat sekarang tentang Ramadhan??
mesti sibuk nak siapkan kuih raya, baju raya, langsir raya, perabot raya, duit raya...hehe
bulan Ramadhan belum mula dah nak fikir bulan Syawal..huhu
ana ada terdengar perbualan seorang mak cik ni :
"ai kak, apa cerita?? raya dah dekat..baju raya dah siap ke?? "
tergelak ana dengar..*gelak dalam hati je..hehe*
Ramadhan pun belum mak cik 0oi...hehe..tapi bagus la..
itu maknanya terlebih concern dgn bulan..hehe
tapi alangkah seronoknya kalau bulan Ramadhan disambut lebih meriah dari bulan Syawal...
mesti menarik..masak sedap2 untuk berbuka, iftar jamai'e (berbuka secara berjemaah), terawih berjemaah, melewatkan sahur, amar makruf nahi mungkar, amalkan sifat mahmudah, tinggalkan sifat mazmumah n macam2 lagi kita boleh buat..pahala pun lebih berlipat ganda..
kalau nak dibandingkan dengan bulan Syawal..bulan Syawal sama je dgn bulan2 yang lain..cuma menjadi adat disambut dengan meriahkan...alahai..!
kalau di negara Arab, mereka lebih meriahkan raya haji dari raya puasa..
Hadis Nabi s.a.w ada menyebut :
sekiranya umatku mengetahui kebaikan di bulan Ramadhan,
nescaya mereka menginginkan sepanjang tahun adalah Ramadhan...
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan :
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .
Oleh itu, ana terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ana ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah...
p/s : kalau orang ucap Ramadhan Kareem,
kita kena jawab "Allahu Akram"
^__^ v
0 komen:
Post a Comment