06 August 2010

.:: sedekah ::.


Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:-

- Tuturkata / percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah r.a, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril a.s setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.

Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya”.


- Memberi salam

- Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedeqah.”

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

Nak buat baik, sangatlah mudah,

Maniskan wajah, lembutkan lidah.

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Ini adalah hasil cacatan dari Majlis Maulidur Rasul untuk Muslimah di Masjid Muadz ibn Jabbal. Sekiranya ada kesilapan dimohon maaf daripada pembaca dan ampun dari Allah swt.

0 komen:

Daisypath Friendship tickers